Bismillah walhamdulillah
InsyaAllah kali ini saya ingin mengupas tentang aktiviti bersama anak-anak. Pastinya para ibu sentiasa sibuk ya dengan urusan di tempat kerja, urusan peribadi mahupun urusan rumahtangga. Anak-anak juga tak kurang sibuk dengan urusannya.
Bagaimana jika anda melihat anak-anak sibuk dengan ‘urusannya’.
InsyaAllah kali ini saya ingin mengupas tentang aktiviti bersama anak-anak. Pastinya para ibu sentiasa sibuk ya dengan urusan di tempat kerja, urusan peribadi mahupun urusan rumahtangga. Anak-anak juga tak kurang sibuk dengan urusannya.
Bagaimana jika anda melihat anak-anak sibuk dengan ‘urusannya’.
Runsing?
Rimas?
Risau?
Suka?
Syukur?
Banyak persepsi para ibu tentang hal ini. Anak-anak yang sedang berkembang akalnya, jua fizikalnya pasti tidak dapat duduk diam. Meneroka sana sini pasti menjadi aktivitinya yang paling menyenangkan. Namun, kadangkala, aktiviti yang mereka lakukan mendatangkan kegusaran kepada para ibu.
Kenapa?
Kerana tempat meneroka mereka pastinya akan bersepah. Ada yang terkoyak, pecah, hancur, basah dan sebagainya. Hal inilah yang sangat menggusarkan pemikiran para ibu.
Tunggu dulu, cuba fikirkan semula faedah daripada semua itu. Selain ibu yang mendapat pahala mengemas dengan sabar, anak-anak juga memperoleh suatu yang amat berharga. Berharga dalam pertumbuhan fizikal mahupun mentalnya. Bukankah itu lebih berharga daripada terus menghalang dan memarahi mereka?
Semestinya YA!
Biarkan anak anda meneroka! Namun, tanggungjawab kita adalah memastikan tempat yang mereka terokai selamat. Apa jadi jika kita sering saja menghalang anak-anak daripada melakukan aktiviti mereka sendiri?
Sudah tentu anak-anak mula terasa perbuatan mereka tidak disenangi. Penerokaan yang merupakan pembelajaran itu tidak disenangi banyak pihak. Maka, apa yang akan berlaku? Anak-anak mula enggan untuk belajar sendiri. Bersikap tidak proaktif dan tidak yakin diri. Itukah yang kita mahukan?
Jika tidak, rancanglah aktiviti bersama anak-anak jika kita sayangkan mereka. Selain mereka melakukan aktiviti mereka sendiri, cuba kita pula yang masuk ke dunia mereka. Pasti ketika itu mereka sangat merasai keseronokan dalam pembelajaran.
Pembelajaran di sini bukan saja bererti membuka buku, memegang pensel, duduk dan dengar, malah bermain dengan disertai keseronokan akan menjadi lebih bermakna buat ibu dan juga anak-anak.
Kerisauan yang sebenarnya adalah apabila anda melihat anak anda duduk diam tanpa sebarang aktiviti. Sedangkan mereka seperti ’span’ pada masa itu. Maka, jangan sia-siakan usia kecil anak-anak anda. Gunakan masa berharga ini dengan sebaiknya.
InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment